Wednesday, December 19, 2012

Saya Anda Kita

Dia sempurna. 
Katanya aku juga sempurna.
Sempurna pada apa?
Itu aku tidak pasti.
Tapi untuk dirinya, aku selesa dengan akhlak dan agamanya.
Ikhlas dan tulusnya itu memang boleh dirasa.
Langsung aku tak menyesal.
Kalau boleh diputar masa, mahu sahaja berta'ruf sejak azali.
Biar ukhwah itu disusun cantik dari alam pertama menuju ke alam kedua ini.

Cinta ini kadang-kadang selalu menduga.
Dugaan yang hadir tu semamangnya kita tidak mampu menduga.
Kadang-kadang dugaan dihantar melalui orang ketiga.
Kadang-kadang datangnya melalui diri pasangan itu sendiri.
Tetapi percayalah...
Selagi nawaitu kita berta'ruf kerana Dia, kita akan berada di landasan yang betul.

Kadang-kadang cemburu dia dan cemburu kita mengakrabkan lagi.
Jangan takut untuk beremosi kerana cemburu.
Selagi kita mampu menangani,
Selagi kita mampu menimbang antara baik dan buruk,
Kita akan selamat.

Aku pun hamba yang pernah mengenal alam kejahilan.
Sama seperti hamba-hambaNya yang lain.
Kesempurnaan itu mungkin ada.
Tetapi apa yang ebih menyempurnakan adalah ANDA.
Kita bercinta keranaNya.
Sebab itulah dasar hati kita langsung tidak tergugat.
Biar jauh, ia langsung tidak membolak hati kita.

KITA doakan yang terbaik.
SAYA suami,
Dan ANDA isteri.
MEREKA bakal menjadi anak-anak KITA.

AMIN...


Wednesday, November 14, 2012

Cik Ela Sayang


Assalamualaikum...

Ok. Today 14th November 2012. Almost 5 month ‘terkenal’ dengan cik Ela. Alhamdulillah.. Everything going well. Semakin kemuncak.
So, last 11 November was my cik ela punya birthday. Happy Birthday sayang. I gave something. Maybe that was not really special. But we can sharing evrything with that. Insyallah sayang.
Btw, thanks for everything to her. Klaau cik Ela tak bg the chance, im not here. Kat hati cik ela tu. Nak jaga baik-baik. Tak nak bg tercalar ke, apa ke. Ada satu ni je kan. Saya happy ada awak, Suhaila Ismail. Hope u feel the same way too. I do love u...
Insyallah. Niat kita baik dlm relation kita ni. Biar kita sama2 decide untuk life kita in future k.. Thanks support  selama ni. Dy doakan yang terbaik untuk sayang. Untuk kita. Insyllah.

Sekian, speech saya untuk hari ni. Jiwang ke? Ah, tak kisahla. Semua org pernah bercinta kot. Kan cik ela syg kan??? ^_^

Thursday, August 16, 2012

Wujud



Waktu paling sempurna bila saat celik mata. Sebab waktu tu waktu afdal seorang hamba bersyukur kerana diberi peluang untuk terus bernafas, diberi peluang untuk mentaati Rabb, diberi peluang untuk mencintai.
.
.
.
Waktu yang paling sesak untuk lepaskan adalah ketika hendak melelapkan mata. Takut jika itu menjadi lelapan terakhir, takut jika esoknya tidak mampu menghambakan diri pada Rabb dan takut jika meninggalkan cinta.
.
.
.
Mengharapkan cinta yang halal... Terima kasih kekasih. Ada ketika susah dan senang. Cinta seikhlas hati tu indah kan? Wowww sungguh... Awak dan saya je yg tahu kan.. Awak pun rasa yang sama rite? Tak pelah.. Tak malu pun nak cakap I love u... Cinta kamu cik Sayang... 

Sunday, July 29, 2012

Kehilangan


Assalamualaikum...

Emm... Actually lagu ni yang rasa mendorong nak menulis sebenarnya. Dari semalam lagi dok berkumandang je lagu ni. Mula2 tak dapat catch up jugak lagu apa ni kan... Bila dah 'orang' tu dok ulang banyak kali sangat, lirik pun dah terhafal.

Lagu ni actually fasal someone yang frustrated pd  cinta yg dia sndri dah abaikan. But dia still nak kan cinta tu. Kot.. Rasanya la... Hehehe..

So, entry ni pun memang khas untuk ko la kan... Ko yg dok ulang2 lagu ni dekat seratus kali.. Hope kalau ko baca, fikir banyak kali.

Tak semua orang rasa nikmat cinta tu mcm mana. Sesetengah orang je berpeluang untuk rasa camtu. And ko, 1 of them. Nak pertahankan benda yang manis ni susah beb... Benda manis... banyak semut yang nak dekat... So, apa guna ko jadi laki kalau ko x tepis semut-semut tu...

Kalau nak bercinta, jangan ego. Buang ego. Baik laki or perempuan. Mengalah tu penting. Yang paling penting, trust each other. Bukan nak mengajar. Semua yang aku cakap tu ko dah tahu actually kan. Cuma kadang2 kita lupa.

Aku rasa x berbaloi kot kalau ko nak korbankan 6 tahun semata2 benda yg boleh ko handle kan. Bukan senang nak dekat dengan perempuan. Nak faham hati dorang. Nak buat dorang percaya kita. Semua tu amik masa. So, dengan apa yang ko dah ada sekarang dah cukup sebenarnya. Jarak tu bukan penghalang la.  Bukan kita yang nak semua tu. Semua dah diatur. Jangan terlampau ikut perasaan tu. Bersederhana pun cukup.

So, aku doakan yang terbaik. Nak cakap banyak2 sal bab ni pun ko lagi master kan.. Selamat smuanya... Amin...


Tuesday, July 24, 2012

Sempurna

Setiap manusia sememangnya mahukan kesempurnaan walaupun hakikatnya tiada sesiapa yang sempurna. Kesempurnaan itu kadang-kadang dicari untuk menutup ruang-ruang kosong yang seharusnya diisi. Dalam soal mencari pasangan hidup, masing-masing ingin menjadi sempurna terhadap pasangan. Cuba untuk memahami si dia sebaik mungkin supaya si dia tidak jemu, tidak mencari cinta lain. 

Berperasaan ingin menjadi sempurna itu sesuatu yang indah. Islam sendiri menggalakkan jika itu menghadiahkan sesuatu yang baik pada penghujungnya. Namun, kita sebagai manusia harus ingat bahawa tidak ada manusia yang sempurna dalam melalui kehidupannya. Manusia biasa seperti kita bukanlah maksum seperti Kekasih Allah. Sedangkan Kekasih Allah sendiri tidak putus diuji, inikan pula kita yang imannya hanya senipis kulit bawang.

Bercinta pada landasan. Tidak susah. Tidak payah. Selagi kita berdoa mohon restu daripada Allah, InsyaAllah akan diperkenankan. Jika dimakbulkan, Alhmdulillah. Jika tidak, ingatlah Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat hambaNya. Jika cinta itu berpaksi pada landasan yang betul, kita tidak akan merintih dan meraung terhadap sesuatu kegagalan itu.

Tanyalah hati, Tanyalah iman. Cinta itu fitrah. Sangat indah jika berada di landasan yang sebetulnya. Rasa cinta itu langsung tidak perlu dipaksa. Datang sendiri dan menetap terus di dasar hati. Tidak akan goyah sedikitpun. Percayalah. Allah memelihara cinta yang diredhaiNya. Tidak perlu kita si hamba kerdil memaksa dan mengatur sesuatu yang bukan ditetapkan olehNya.

Hargailah rasa fitrah yang dikurniakan itu. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan olehNya kepada kita. Berterima kasihlah pada si dia yang belajar memahami kita seadanya. Carilah Insan yang benar-benar ingin menjadi yang halal untuk kita. Yang sentiasa memikirkan kesenangan dunia dan akhirat yang seimbang. Diri kita tidak sempurna, begitu juga dengan dia. Sujudlah mohon agar Doa sama-sama dimakbulkan. Semoga pasangan yang telah diatur itu adalah pasangan yang akan membantu menyempurnakan kekurangan  yang ada.

Insyallah...

Friday, July 20, 2012

Inilah Cinta



Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku  merasa cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku


Monday, July 9, 2012

Pelengkap Hidupku...


Siapa cakap nak menjadi isteri itu mudah? And siapa cakap nak jadi suami tu senang? Peranan & tanggungjawab tu tergalas pada bahu si suami dan si isteri. Masing-masing tak boleh lepas tangan. Susah macam mana sekalipun mulut anak-anak perlu disuap. Senyuman tu mesti bergayut kat bibir. Kalau tak, macam-macam soalan anak-anak akan tanya. Waktu tu terpaksa cari alasan sebab nak fahamkan anak-anak yang masih muda nak kenal dunia. And tiap alasan menipu tu diberi, si isteri mesti usap kepala si anak. Senyuman dia waktu tu nampak tak ikhlas.

Si suami yang penat pulang dari kerja kadang-kadang hanya jadi pemerhati. Sebenarnya tu bukanla sikap sebenar si suami pun. Semenjak dua menjak je dia jadi macam tu. Mungkin banyak sangat benda yang difikir dekat sekolah. Oh lupa... si suami tu seorang cikgu. Cikgu tak berpangkat pun. Cikgu biasa-biasa. Cukup sekadar nak bagi makan anak isteri. Emm... cukup-cukup makan sebenarnya.

Sampai suatu masa, anak-anak pelik sebab tengak si isteri menangis. Bila-anak tanya kenapa, si isteri senyum and seperti biasa masih mencari alasan. Anak-anak yang mentah hanya telan setiap alasan si isteri berikan tu. Mengiakan je... So, hari anak-anak lebih banyak bersama si isteri. Batang hidung si suami? Susah sangat nak nampak. Anak-anak pun kadang-kadang sampai lupa nak bertanya mana ayah.

One day, anak-anak pula yang jadi pemerhati. Menjadi pemerhati kepada si suami dan si isteri itu tadi. Lama si suami dan si isteri berpeluk. And berkali-kali si suami mengucup ubun si isteri. Seperti biasa, si isteri hanya menangis. Si suami kemudian menghadiahkan senyuman pada anak-anaknya yang menjadi pemerhati tadi. Seorang demi seorang dipeluk dan dicium. Si anak yang yang mentah hanya mengangguk bila si suami memberi nasihat. 

Hari berganti hari, bayang si suami memang langsung hilang. Waktu ni si isteri banyak berkorban. Semuanya. Masa, tenaga. Tapi kebajikan anak-anak sikitpun tak terabai. Si isteri akan kelam-kabut pagi-pagi hantar anak ke sekolah, hantar anak ke rumah jiran untuk dijaga sebelum dia ke tempat kerja. Bila tengahari, anak-anak dijemput dan memang akan terhidang dah lauk-pauk dari air tangan si isteri tu. Si isteri hanya menjadi pemerhati ketika anak-anak makan. Dia senyum. Seronok lihat anak-anak makan dari hasil air tangannya tu. Tapi si isteri tak perasan yang dia juga diperhati si anak. Si isteri tak boleh sembunyikan air mata tu dari si anak. Bila anak tnya kenapa, katanya dia minta maaf sebab tak mampu nak beri yang terbaik. Hanya tu yang dia mampu. Si anak tak pernah kisah pun. Sikit pun tak kisah... :)

Bila malam-malam tertentu, suara si isteri akan terdengar tertawa di telefon. Bahagia. Kadang-kadang seorang demi seorang anak-anak bergilir tangan memegang gagang telefon tu. And kadang-kadang tawa si isteri itu berubah jadi esakan. Walaupun esakan tu tak kuat tapi anak-anak tahu si isteri sedang bersedih. 

Lama. Lama sangat benda tu nak berlalu. Anak pernah tanya, mana ayah? And si isteri berbuih mulut memberi jawapan. Tapi jawapan tu tak pernah lekat pada ingatan si anak. Si anak tak faham apa-apa. Si anak just nak ayah ada depan mata. Tu je. And sebenarnya itu pun memang keinginan si isteri. Dia memang dah tak kuat nak berdiri sorang-sorang waktu tu. Semuanya serba tak kena. Susahnya sampai si isteri terpaksa bawa si anak balik ke kampung. Anak-anak hanya angguk. Ikut apa yang si isteri cakap. Kawan, sekolah, rumah entah ke mana. Bayangan si suami lagilah... Entah ke mana-mana.

Bila anak-anak dah semakin besar, kelibat si suami muncul. Kali pertama si isteri dan si suami bertemu, lama mereka berpeluk. Lebih lama dari perpisahan sebelum ni. And kali ini bukan si isteri je yang menangis. Mata si suami pun bertakung. Anak-anak yang dah lama x peluk si suami jadi kekok. Tapi si suami cuba kembalikan kemesraan tu. And xlama. Anak-anak kembali mesra dengan si suami seperti dulu.

Now, alhamdulillah. Aku boleh fikir apa tu pengorbanan suami isteri. Dorang susah senang sama-sama. Perpisahan yang tak lama mana dululah yang akrabkan suami isteri tu sampai sekarang. Hubungan tu langsung tak nampak putus. Hari-hari si suami akan senyum pandang si isteri. And si isteri malu-malu pandang si suami tu. Dorang tak sedar dorang memang selalu diperhati sekarang. Sekarang anak-anak dah faham. Waktu si suami hanya jadi pemerhati dulu bukan sebab si suami letih bekerja di sekolah. Tapi si suami letih jugak habiskan masa buat part time kat luar. Waktu si suami hilang waktu si isteri keseorangan tu bukan sebab si suami pentingkan diri. Itu sebab si suami pun keseorangan di bumi Tokyo. Waktu si isteri menagis tak mampu bagi anak-anak makan yang sedap-sedap, si suami pun menangis ikat perut di sana. 

Manis kan?

01:18


Saturday, July 7, 2012

Pemilik hati

Assalamualaikum...

Nak memahami wanita bukan semudah A,B,C,D,E..Z...
Banyak benda  yang perlu diambil kira,
Wanita ada hati, ada perasaan sama macam laki...
Bezanya hati dorang lagi lembut, perasaan lagi mudah tersentuh...
Berbeza dengan lelaki yang lebih sembunyikan semua tu dengan keegoan...

Once lelaki tu dah tahu macam mana hati seseorang perempuan tu, dia akan cuba follow... 
Dia akan cuba ikut rentak...
And si wanita pun akan tenang kalau punyai lelaki yang memahami macam tu di hatinya kan..?

Bila hati dan hati telah bertaut, jangan lupa banyak lagi yang perlu ditempuh,
Sedangkan suami isteri yang sah dan halal pun diuji,
Inikan pula pasangan bercinta,
Kalau betul sayang, kalau betul dalam hati tu ada cinta... Pertahankan...
Tak ada apa yg dalam dunia ni akan dapat dengan mudah dan berakhir dengan gembira...
Kecuali jika sesuatu tu memang kehendak ALLAH.

Buat SI RATU...
Jika seseorang lelaki tu ikhlas menjadi imammu, istikharahlah...
Jika tersurat jodohmu dengannya, Insyallah ALLAH akan pelihara hubungan suci itu...

Buat SI RAJA...
Jika seseorang wanita itu ikhlas menjadi makmummu, bersyukurlah...
Jangan persiakan cinta yang SI RATU pertaruhkan...

INSYALLAH

05:51

Thursday, July 5, 2012

Friday, June 29, 2012

Budak kecik...

Assalamualaikum...
Lama jugak x update blog ni. Btw, actually sekarang ni rasa nak senyum je. Plus ada parent di sisi kan. Eceh... Terserlah kemanjaan tu kan? So, dalam dok sembang-sembang ngan parent tadi tetiba my dad  hulur his lapy and show me something. Haha... Pic ketika diriku masih hingusan. Thanks abah. Thanks mama. Love both u damn much!!! 




21:44

Monday, June 25, 2012

Kira-kira Hari

Assalamualaikum... Hye...

Emmm... Actually just nak say Hye... So, aku masih terkurung dalam bilik yang tak sebesar mana ni. Yap... Bosan... Lapar... Whatever lah... Ikut saje apa kemahuan mereka dan mereka. Dah macam kena tahan reman dah. Btw, thnks kat member2 yang sudi datang, for my lectures thnks for coming... For my parent, jgn lupa bawak lauk pauk banyak2 sikit...  Bila nak keluar, tunggu je lah kata putus dari Tuan Doc. If kejap lagi ke, esok or lusa aku diam...igtla yang aku tengah bermimpi indah. 

THANKS A LOT...
Untuk U... 
Hye U.... (   tetiba rasa malu lak tak terhingga... =)   )

Thursday, June 21, 2012

Assalamualaikum U...


U...
Serius i x tau nak cakap ape...
Tak tau nak buat ape...
Apa yang i rasa tu yg u rasa...
N apa yg u rasa tu yg i rasa...
Susah kan bila rasa camni u..?
Cuma kita sedikit tenang sebab kita still ada atas landasan yang betul.. Redha...
Sungguh i takut kalau sumthg yg i tak jangka happen...
I xready lagi u...
I baru nak merasa...
Tapi i xboleh tolak takdir jugak...
Buka je mata pagi ni macam2 i pk...
I tak tau nak teruskan macam selalu or macam mana....
Untuk i terus diam, mustahil sebab i xde kekuatan tu...
Untuk jadi macam selalu pun i tak kuat...
I takut... And i tak tahu apa yg i takutkan... Mungkin kenyataan....
I langsung tak happy bila u cakap camtu...
Yes... mgkin u nampak i xsedih... I xnak tunjuk... Sebab i tahu u tgh sedih...
Mungkin dugaan ni untuk kita.. Nak uji kita...
Klo kita kuat, Insyallah everything will be ok...
U jangan sedih-sedih lagi dah...
Jangan pk kan sangat...
Hope semua akan jadi macam biasa...
Kalau u baca ni, u kna tau yang i tengah rindu u..
i sayang u...
THNKS DEAR... :)

Kalau Hilang...

Bila sebut fasal hilang, semua orang geleng kepala...
Semua orang takut kehilangan...
Lagi-lagi dengan orang yang kita sayang...
Tapi lumrahlah, apa yang kita ada dalam dunia ni bukan hak kita...
Bila-bila saja kehilangan tu boleh datang...
Bezanya dalam bentuk kita bersedia atau tak...

Tapi itulah...
Bukan mudah nak tempuh...
Dada rasa macam nak pecah...
Kalau boleh rasa je nak meraung depan orang yang kita sayang tu...
Biar dia tau yang kita xnak hilang dia...
Rasa nak je jerit kuat-kuat.. Biar terkeluar anak tekak depan mata...
Dengar ehh...
"AKU CINTAAA KAUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!"
Nah... 
Tu jeritan hati aku...
Tak ditangkap gegendang telinga sape2 pun...
Tapi sungguh aku memaksudkannya...
T_T

THANKS GUYS..

Salam Guys...
Okeh... Entry kali ni just untuk melunaskan permintaan someone...
Adik junior katanya... Ok fine...
Nahhh... Ambik ni... Untuk korang la k?

Firstly THANK YOU SO MUCH sebab dalam diam membaca entry2 aku... (Terharu)
Yang kedua, aku dok memikir cane korang leh jumpa blog aku ni... (Garu dahi)
Yang ketiga, 'TERIMA KASIH' sekali lagi sebab  dah baca entry aku ni then pergi buat announce kat seluruh dunia...
Yang keempat, THNKS pada JONE & ADIB sebab korang jadi translator yang baik kepada Sara, Mark and The Geng...
Yang kelima, kenapa entry aku ni bukan in English... Sebab aku ni anak Melayu... Aku lagi suka luah and sharing everything in Malay... (Ke aku xpandai english? Hahaha)
Yang keenam, Untuk menjawab persoalan Sandra, Yesss.... I tulis ni semua mmg dari hati and apa yang I rasa... (Cool kan Sandra? haha..)
Yang ketujuh, THANKS A LOT sebab concern fasal hati aku... Korang memang best...
Yang kelapan, soal siapa dia yang aku tuju ni, Insyallah... Tunggu jodoh aku nanti k... Aku takkan kahwin lari.. Apa2 pun mesti korang tau... Deal k..?

THANK YOU...! 

Wednesday, June 20, 2012

Maharku Untukmu...



Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci...

Tuesday, June 19, 2012

U...

I sUka U....
Sebab U tU Unik..
Bila U ada diantara T dan V, ia nampak wow!
Ha... Nama U pun ada U kan?
Sebab tu la I suka U...
Emm... lebih dari sUka sebenarnya...
Lebih macam mana?
I dah bagitahU U kan?
I ni tak reti malU sikit...
Bak kata orang, kalaU sUka tU cakap sUka...
Nanti melepas... kan harU birU tU..

Hehehehe...
Hye UUU...

Rama-Rama

Ada rama-rama la dalam perut saya...
Tiap kali nak mula mesti rama-rama tu terbang-terbang...

:))

Monday, June 18, 2012

Tongkat dagu dan senyum...

Menjadi lelaki ini indah...
Selalu di sayangi, dimanja, tak tersisih....
Hati yang terisi tidak akan pernah gundah...
Gundah pastinya akan kalah!

:::saya suka macam ni:::

Dedicate for her... Tentang Rasa





::jiwang lagi... haihh::

???


Nak melangkah,
Kaki kejang...

Nak melangkah,
Kaki dipaku...

Nak melangkah,
Kaki berakar...

Soal KAKI atau HATI?

?
?
?
?
?

Pelik..

Mata dipejam...
Celik semula...
Pejam...
Celik...

ARGHHH! 
Tak boleh lelap!
Sikit pun tak boleh!

Ketuk meja sekali, dua kali, 3 kali, berkali-kali...
Pelik...
Mengantuk...
Tapi...
Hurm...
Esok-esok la tdo...

Pejam Celik

Pejam... dia ada...
Celik... dia xada...

Pejam...dia tak ada...
Celik... dia ada...

Pejam celik...
Pejam celik...
Pejam celik...

Eh!
Tu dia...!

:)
Miss u...

Sunday, June 17, 2012

Jika aku jatuh hati...


:)

Terungkai...

Aku, Dia..
Dah tahu...

Jadi?

Tunggu je la...

Dah boleh senyum sampai ke telinga ke?

Uittt...
Belum lagi...
Takkan semudah tu kan?

Tunggu jodoh la ni?

Jodoh?
Semua orang tunggu jodoh...
Okay?
jom senyum...
:)

Saturday, June 16, 2012

Hati aku...

Tak tahu nak cakap apa....
Malas berselindung dah...

I LOVE U...

Semudah tu?
Kenapa menyoal?
Salahkah jika melunaskan fitrah seorang manusia?
Semua manusia ada perasaan...

So...
Aku cinta dia...
Yeaahhh... 

Jangan Kau Pergi...



tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh


jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi
.......


:Really hope dat... :)

Berkampung di sini...

OK...
Im not feeling well right now...
Warded semalam n now stil berbosan di sini...
Inilah...
Bila nikmat ditarik skit-skit...
Jgn terlalu menjaga kesihatan org lain sampai terabai kesihatan sendiri...
Sebelum ni hati je yg xbrapa sihat..
Nah! 
Harini smua berpakej...
Sekaligus lagi...
Xpelah...
Waiting for my mom and dad...
Cepat2 la sampai...
:(

Friday, June 15, 2012

Bila umur dah tua...
Mulalah kelam kabut nak cari calon..
Nak kahwin macam org lain jugak...
Senang ke nak cari calon?
Boleh percaya ke kat agensi jodoh yang berselerak kat luar sana tu?
Haish...
Percaya je la kat jodoh kan...

Bunyi macam kecewa je?
Ehh! Mana ada... 
Cool lagi ni..
cuba control jiwa...

Dengar kata dah jatuh cinta?
Bercinta? Entahlah. Tapi dalam hati sekarang memang ada taman...

Bercinta dengan sape? Ramai yang tanya...
Haha...
Tu, bercinta dengan alam maya...

Dia suka kau ke?
Hahahhaa... Tu lagi aku xtau...
Xpe... jgn takut... Aku bukan memaksa...
Aku cuma nak merasa apa tu cinta...
Tak lama, sekejap pun jadila...

Kenapa sekejap? Kenapa tak pertahan hingga ke syurga?
Jodoh...
Aku pegang pada tu...

Aku nak tahu... Siapa dia tu... Boleh bagitahu?
Namo-namo... 
Adios... Mandi duluuuu!!!!!

Gula-gula getah...

Gula-gula getah lagi best dari gula-gula hati...
Melekat terus kat hati...
Jangan berani mau keluar ye...
Hehe...
Bagi aku rasa macam org bercinta kejap...
Tak lama pun xpe...
Okay...
Terima kasih wahai gula-gula getahku...


Wednesday, June 13, 2012

MELATIH JIWA...


Menggigil di saat jari jemari menekan papan kekunci...
Sebak...
Sekali lagi lagu Jodoh an Takdir mengalun di celahan gegendang telingaku...
Ya...
Aku cuba melupakan dia...
Bukan mudah...
Dan aku berjaya setelah seluruh jiwa aku serahkan pada Rabb untuk tentukannya...
Semua orang mencari cinta...
Aku juga...
Cinta yang kulepaskan dahulu tidak mungkin akan berpatah kembali...
Redha...
Pasrah...
Mungkinkah aku terdesak untuk memiliki cinta?
Ya...
Tetapi cinta tidak boleh dipaksa...
Seperti kata kau dahulu...
Terimalah cinta sepenuh hati...
Hargai insan yg bernama isteri...
INSYALLAH...
3 tahun aku setia memujuk jiwa...
3 tahun aku tenggelam mencari punca...
3 tahun aku hilang menjejak cinta...
Aku redha menerima dia yang ikhlas memeluk hatiku...
Tidak pernah aku jemu untuk sujud terus kepadaNya...

AL-FATIHAH buat Nor Azriana binti Mohd Fatah.

Tuesday, June 12, 2012

ALHAMDULILLAH...

Doaku diterima...
Dia memberi respon di atas perkenalan kami...
Selesa aku mengenali dirinya...
Dia yang sebagai 'kakak' dan aku sebagai 'adik'...
Buat aku tersenyum SEMPOI... 
Thnks kakak... 
:)

RATU...

Aku menunggu........................
Terus menunggu......................
...............................................
Aku tidak akan pernah jemu untuk terus sujud....
Menangkan hati yang kian bercambah mencari cinta kerana Dia....

MENGAPA DIA?

Aku tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu...
Benarlah, kata orang... Cinta hakiki dan cinta tulus tidak punya alasan...
Aku juga seperti jejaka lain... Perna bercinta dan pernah kecewa...
Bercerita mengenai kisah pedih cinta, aku akan selitkan pada entry yag lain...

Berbalik kepada MENGAPA DIA???
Sungguh! Semasa kali pertama aku membuka dan membaca hasil tulisannya di blog tersebut, aku tidak tahu siapakah empunya nya...
Aku tersenyum dan tersentuh membaca setiap tulus hasil tulisannya...
Doanya untuk mencari cinta hakiki mencairkan jiwa lelakiku...
Betapa dia menghargai lelaki sebagai suami...
Subhanallah! Indah ciptaanNya...!
Setiap hati yang diciptaNya sesungguhnya tidak sama...
Untuk si Ratu Jiwa, kau di antara insan bertuah memiliki anugerah yang dikurniaNya...

Selepas aku menjelajah di segenap 'velog' nya itu,
Aku sedar penulisnya ada menghiasi dinding 'velog'nya sendiri...
Sekali lagi aku terpegun...
Melihat keanggunannya... 
Sekali lagi Maha Pencipta menunjukkan kebesaranNya...

Alhamdulillah...
Jadilah kau wanita mulia disisi Rabb...!


Monday, June 11, 2012

LUH MAHFUZ...

Ya... Aku juga begitu....
Jika kau benar tercipta untukku...
Jika benar kau tertulis untukku...
Aku bersyukur...
Terima kasih, Cinta...

TAK NAK TENGOK AWAK SEDIH...


Ini merupakan entrynya yang baru aku menilik...
Aku tahu kata-kata itu dituju buat pemilik hatinya...
Aku tidak cemburu...
Aku hanya sekadar pencinta alam maya...
Dia tidak tahu siapa aku...
Aku tulus menyintainya melalui Doa...
Ikhlas...
Kalaulah kau tahu wahai Ratu di Jiwa...
Nah... Senyuman ini ikhlas untukmu dari hatiku...

Dari dia... Yang Pertama...



:Berkali-kali aku membaca entry ini. Terus masuk menusuk di jiwa. Namun, aku membiarkan iman yang menapisnya.


Sabda Rasulullah s.a.w:“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia,kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

:Ini merupakan 'sesuatu' yang menghiasi entrynya... Katanya, 'aku hanya wanita biasa'. Ya, tapi jauh di sudut hati aku menyatakan bahawa kau adalah wanita mulia. Mulia pada pandangan mata bakal suamimu... :)

:Impiannya mendalam untuk membina istana indah. Katanya istana itu akan dihuni oleh si suami sebagai Raja, dan dia isteri sebagai Ratu. Jika kau bukan untukku, aku yakin kau dapat membina istana tersebut. Dan jika aku ditakdir menjadi RAJAMU, Dengan izin ALLAH aku akan cuba untuk membahagiakan kau sebagai Ratu di Jiwa dan bakal zuriat sebagai pengikat Doa... 


JODOH & TAKDIR


selalu aku berdoa

kepada yang maha esa

moga di kurnia seorang 

ratu di jiwa

tempat untukku curahkan segala rasa

perasaan yang tersimpan seribu satu makna. 

di kala aku keseorangan dia penghibur dan juga peneman. 

hati yang sayu tidak kesepian. duka dan lara tiada keresahan.  

Ya Allah

tidak ku pinta yang menawan,
tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan 
cuma kudamba, insan yang sepadan

kasihnya sejati, bukannya keterpaksaan. 

biarpun derita yang menjadi rintangan. 

ketulusannya, yang tiada bandingan. 

tercipta indahnya peribadi insan. 

Ya Allah


tidak ku pinta yang menawan,
tidak ku harap yang hartawan
bukan juga kerna kedudukan 
cuma kudamba, insan yang sepadan.


:Sekali lagi lagu ini menghiasi entryku... Terima kasih kepada si dia yang membuka mata mengenai kekuatan Jodoh & Takdir...

Sunday, June 10, 2012

RATU DI HATI...

Aku pernah membaca entrynya...
Dia mahu mencari cinta hakiki...
Dia mahu mencari RAJA DI HATI...
Sungguh!
Jika peluang itu menjadi milikku, kau akan tahu betapa aku amat mencintaimu...
Aku tersenyum membaca raungan hatimu yang ikhlas mencari cinta...
Raungan yang tulus pada Yang Esa...
Jika Doa sahaja yang mampu menangkan hati ini... 
Aku tidak akan berputus menadah...

Aku mencintai gadis yang langsung tidak pernah bertentang mata...
Dekatkanlah jika dia benar milikKu...
Maha Suci!


AKU BERMULA...

Aku bukan penulis tegar...
Aku bermula untuk meluah rasa...
Aku bermula untuk mendekati dia yang kucintai...
Dia yang muncul di dalam imaginasi...
Gila bercinta dengan imaginasi...
Aku langsung tak peduli...
Aku tulus untuk mendekati...
Walau aku tahu dia sebenarnya sudah dimiliki...
Aku tetap mempercayai susunan takdir hakiki...