Sunday, July 29, 2012

Kehilangan


Assalamualaikum...

Emm... Actually lagu ni yang rasa mendorong nak menulis sebenarnya. Dari semalam lagi dok berkumandang je lagu ni. Mula2 tak dapat catch up jugak lagu apa ni kan... Bila dah 'orang' tu dok ulang banyak kali sangat, lirik pun dah terhafal.

Lagu ni actually fasal someone yang frustrated pd  cinta yg dia sndri dah abaikan. But dia still nak kan cinta tu. Kot.. Rasanya la... Hehehe..

So, entry ni pun memang khas untuk ko la kan... Ko yg dok ulang2 lagu ni dekat seratus kali.. Hope kalau ko baca, fikir banyak kali.

Tak semua orang rasa nikmat cinta tu mcm mana. Sesetengah orang je berpeluang untuk rasa camtu. And ko, 1 of them. Nak pertahankan benda yang manis ni susah beb... Benda manis... banyak semut yang nak dekat... So, apa guna ko jadi laki kalau ko x tepis semut-semut tu...

Kalau nak bercinta, jangan ego. Buang ego. Baik laki or perempuan. Mengalah tu penting. Yang paling penting, trust each other. Bukan nak mengajar. Semua yang aku cakap tu ko dah tahu actually kan. Cuma kadang2 kita lupa.

Aku rasa x berbaloi kot kalau ko nak korbankan 6 tahun semata2 benda yg boleh ko handle kan. Bukan senang nak dekat dengan perempuan. Nak faham hati dorang. Nak buat dorang percaya kita. Semua tu amik masa. So, dengan apa yang ko dah ada sekarang dah cukup sebenarnya. Jarak tu bukan penghalang la.  Bukan kita yang nak semua tu. Semua dah diatur. Jangan terlampau ikut perasaan tu. Bersederhana pun cukup.

So, aku doakan yang terbaik. Nak cakap banyak2 sal bab ni pun ko lagi master kan.. Selamat smuanya... Amin...


Tuesday, July 24, 2012

Sempurna

Setiap manusia sememangnya mahukan kesempurnaan walaupun hakikatnya tiada sesiapa yang sempurna. Kesempurnaan itu kadang-kadang dicari untuk menutup ruang-ruang kosong yang seharusnya diisi. Dalam soal mencari pasangan hidup, masing-masing ingin menjadi sempurna terhadap pasangan. Cuba untuk memahami si dia sebaik mungkin supaya si dia tidak jemu, tidak mencari cinta lain. 

Berperasaan ingin menjadi sempurna itu sesuatu yang indah. Islam sendiri menggalakkan jika itu menghadiahkan sesuatu yang baik pada penghujungnya. Namun, kita sebagai manusia harus ingat bahawa tidak ada manusia yang sempurna dalam melalui kehidupannya. Manusia biasa seperti kita bukanlah maksum seperti Kekasih Allah. Sedangkan Kekasih Allah sendiri tidak putus diuji, inikan pula kita yang imannya hanya senipis kulit bawang.

Bercinta pada landasan. Tidak susah. Tidak payah. Selagi kita berdoa mohon restu daripada Allah, InsyaAllah akan diperkenankan. Jika dimakbulkan, Alhmdulillah. Jika tidak, ingatlah Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat hambaNya. Jika cinta itu berpaksi pada landasan yang betul, kita tidak akan merintih dan meraung terhadap sesuatu kegagalan itu.

Tanyalah hati, Tanyalah iman. Cinta itu fitrah. Sangat indah jika berada di landasan yang sebetulnya. Rasa cinta itu langsung tidak perlu dipaksa. Datang sendiri dan menetap terus di dasar hati. Tidak akan goyah sedikitpun. Percayalah. Allah memelihara cinta yang diredhaiNya. Tidak perlu kita si hamba kerdil memaksa dan mengatur sesuatu yang bukan ditetapkan olehNya.

Hargailah rasa fitrah yang dikurniakan itu. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan olehNya kepada kita. Berterima kasihlah pada si dia yang belajar memahami kita seadanya. Carilah Insan yang benar-benar ingin menjadi yang halal untuk kita. Yang sentiasa memikirkan kesenangan dunia dan akhirat yang seimbang. Diri kita tidak sempurna, begitu juga dengan dia. Sujudlah mohon agar Doa sama-sama dimakbulkan. Semoga pasangan yang telah diatur itu adalah pasangan yang akan membantu menyempurnakan kekurangan  yang ada.

Insyallah...

Friday, July 20, 2012

Inilah Cinta



Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku  merasa cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku


Monday, July 9, 2012

Pelengkap Hidupku...


Siapa cakap nak menjadi isteri itu mudah? And siapa cakap nak jadi suami tu senang? Peranan & tanggungjawab tu tergalas pada bahu si suami dan si isteri. Masing-masing tak boleh lepas tangan. Susah macam mana sekalipun mulut anak-anak perlu disuap. Senyuman tu mesti bergayut kat bibir. Kalau tak, macam-macam soalan anak-anak akan tanya. Waktu tu terpaksa cari alasan sebab nak fahamkan anak-anak yang masih muda nak kenal dunia. And tiap alasan menipu tu diberi, si isteri mesti usap kepala si anak. Senyuman dia waktu tu nampak tak ikhlas.

Si suami yang penat pulang dari kerja kadang-kadang hanya jadi pemerhati. Sebenarnya tu bukanla sikap sebenar si suami pun. Semenjak dua menjak je dia jadi macam tu. Mungkin banyak sangat benda yang difikir dekat sekolah. Oh lupa... si suami tu seorang cikgu. Cikgu tak berpangkat pun. Cikgu biasa-biasa. Cukup sekadar nak bagi makan anak isteri. Emm... cukup-cukup makan sebenarnya.

Sampai suatu masa, anak-anak pelik sebab tengak si isteri menangis. Bila-anak tanya kenapa, si isteri senyum and seperti biasa masih mencari alasan. Anak-anak yang mentah hanya telan setiap alasan si isteri berikan tu. Mengiakan je... So, hari anak-anak lebih banyak bersama si isteri. Batang hidung si suami? Susah sangat nak nampak. Anak-anak pun kadang-kadang sampai lupa nak bertanya mana ayah.

One day, anak-anak pula yang jadi pemerhati. Menjadi pemerhati kepada si suami dan si isteri itu tadi. Lama si suami dan si isteri berpeluk. And berkali-kali si suami mengucup ubun si isteri. Seperti biasa, si isteri hanya menangis. Si suami kemudian menghadiahkan senyuman pada anak-anaknya yang menjadi pemerhati tadi. Seorang demi seorang dipeluk dan dicium. Si anak yang yang mentah hanya mengangguk bila si suami memberi nasihat. 

Hari berganti hari, bayang si suami memang langsung hilang. Waktu ni si isteri banyak berkorban. Semuanya. Masa, tenaga. Tapi kebajikan anak-anak sikitpun tak terabai. Si isteri akan kelam-kabut pagi-pagi hantar anak ke sekolah, hantar anak ke rumah jiran untuk dijaga sebelum dia ke tempat kerja. Bila tengahari, anak-anak dijemput dan memang akan terhidang dah lauk-pauk dari air tangan si isteri tu. Si isteri hanya menjadi pemerhati ketika anak-anak makan. Dia senyum. Seronok lihat anak-anak makan dari hasil air tangannya tu. Tapi si isteri tak perasan yang dia juga diperhati si anak. Si isteri tak boleh sembunyikan air mata tu dari si anak. Bila anak tnya kenapa, katanya dia minta maaf sebab tak mampu nak beri yang terbaik. Hanya tu yang dia mampu. Si anak tak pernah kisah pun. Sikit pun tak kisah... :)

Bila malam-malam tertentu, suara si isteri akan terdengar tertawa di telefon. Bahagia. Kadang-kadang seorang demi seorang anak-anak bergilir tangan memegang gagang telefon tu. And kadang-kadang tawa si isteri itu berubah jadi esakan. Walaupun esakan tu tak kuat tapi anak-anak tahu si isteri sedang bersedih. 

Lama. Lama sangat benda tu nak berlalu. Anak pernah tanya, mana ayah? And si isteri berbuih mulut memberi jawapan. Tapi jawapan tu tak pernah lekat pada ingatan si anak. Si anak tak faham apa-apa. Si anak just nak ayah ada depan mata. Tu je. And sebenarnya itu pun memang keinginan si isteri. Dia memang dah tak kuat nak berdiri sorang-sorang waktu tu. Semuanya serba tak kena. Susahnya sampai si isteri terpaksa bawa si anak balik ke kampung. Anak-anak hanya angguk. Ikut apa yang si isteri cakap. Kawan, sekolah, rumah entah ke mana. Bayangan si suami lagilah... Entah ke mana-mana.

Bila anak-anak dah semakin besar, kelibat si suami muncul. Kali pertama si isteri dan si suami bertemu, lama mereka berpeluk. Lebih lama dari perpisahan sebelum ni. And kali ini bukan si isteri je yang menangis. Mata si suami pun bertakung. Anak-anak yang dah lama x peluk si suami jadi kekok. Tapi si suami cuba kembalikan kemesraan tu. And xlama. Anak-anak kembali mesra dengan si suami seperti dulu.

Now, alhamdulillah. Aku boleh fikir apa tu pengorbanan suami isteri. Dorang susah senang sama-sama. Perpisahan yang tak lama mana dululah yang akrabkan suami isteri tu sampai sekarang. Hubungan tu langsung tak nampak putus. Hari-hari si suami akan senyum pandang si isteri. And si isteri malu-malu pandang si suami tu. Dorang tak sedar dorang memang selalu diperhati sekarang. Sekarang anak-anak dah faham. Waktu si suami hanya jadi pemerhati dulu bukan sebab si suami letih bekerja di sekolah. Tapi si suami letih jugak habiskan masa buat part time kat luar. Waktu si suami hilang waktu si isteri keseorangan tu bukan sebab si suami pentingkan diri. Itu sebab si suami pun keseorangan di bumi Tokyo. Waktu si isteri menagis tak mampu bagi anak-anak makan yang sedap-sedap, si suami pun menangis ikat perut di sana. 

Manis kan?

01:18


Saturday, July 7, 2012

Pemilik hati

Assalamualaikum...

Nak memahami wanita bukan semudah A,B,C,D,E..Z...
Banyak benda  yang perlu diambil kira,
Wanita ada hati, ada perasaan sama macam laki...
Bezanya hati dorang lagi lembut, perasaan lagi mudah tersentuh...
Berbeza dengan lelaki yang lebih sembunyikan semua tu dengan keegoan...

Once lelaki tu dah tahu macam mana hati seseorang perempuan tu, dia akan cuba follow... 
Dia akan cuba ikut rentak...
And si wanita pun akan tenang kalau punyai lelaki yang memahami macam tu di hatinya kan..?

Bila hati dan hati telah bertaut, jangan lupa banyak lagi yang perlu ditempuh,
Sedangkan suami isteri yang sah dan halal pun diuji,
Inikan pula pasangan bercinta,
Kalau betul sayang, kalau betul dalam hati tu ada cinta... Pertahankan...
Tak ada apa yg dalam dunia ni akan dapat dengan mudah dan berakhir dengan gembira...
Kecuali jika sesuatu tu memang kehendak ALLAH.

Buat SI RATU...
Jika seseorang lelaki tu ikhlas menjadi imammu, istikharahlah...
Jika tersurat jodohmu dengannya, Insyallah ALLAH akan pelihara hubungan suci itu...

Buat SI RAJA...
Jika seseorang wanita itu ikhlas menjadi makmummu, bersyukurlah...
Jangan persiakan cinta yang SI RATU pertaruhkan...

INSYALLAH

05:51

Thursday, July 5, 2012