Monday, July 9, 2012

Pelengkap Hidupku...


Siapa cakap nak menjadi isteri itu mudah? And siapa cakap nak jadi suami tu senang? Peranan & tanggungjawab tu tergalas pada bahu si suami dan si isteri. Masing-masing tak boleh lepas tangan. Susah macam mana sekalipun mulut anak-anak perlu disuap. Senyuman tu mesti bergayut kat bibir. Kalau tak, macam-macam soalan anak-anak akan tanya. Waktu tu terpaksa cari alasan sebab nak fahamkan anak-anak yang masih muda nak kenal dunia. And tiap alasan menipu tu diberi, si isteri mesti usap kepala si anak. Senyuman dia waktu tu nampak tak ikhlas.

Si suami yang penat pulang dari kerja kadang-kadang hanya jadi pemerhati. Sebenarnya tu bukanla sikap sebenar si suami pun. Semenjak dua menjak je dia jadi macam tu. Mungkin banyak sangat benda yang difikir dekat sekolah. Oh lupa... si suami tu seorang cikgu. Cikgu tak berpangkat pun. Cikgu biasa-biasa. Cukup sekadar nak bagi makan anak isteri. Emm... cukup-cukup makan sebenarnya.

Sampai suatu masa, anak-anak pelik sebab tengak si isteri menangis. Bila-anak tanya kenapa, si isteri senyum and seperti biasa masih mencari alasan. Anak-anak yang mentah hanya telan setiap alasan si isteri berikan tu. Mengiakan je... So, hari anak-anak lebih banyak bersama si isteri. Batang hidung si suami? Susah sangat nak nampak. Anak-anak pun kadang-kadang sampai lupa nak bertanya mana ayah.

One day, anak-anak pula yang jadi pemerhati. Menjadi pemerhati kepada si suami dan si isteri itu tadi. Lama si suami dan si isteri berpeluk. And berkali-kali si suami mengucup ubun si isteri. Seperti biasa, si isteri hanya menangis. Si suami kemudian menghadiahkan senyuman pada anak-anaknya yang menjadi pemerhati tadi. Seorang demi seorang dipeluk dan dicium. Si anak yang yang mentah hanya mengangguk bila si suami memberi nasihat. 

Hari berganti hari, bayang si suami memang langsung hilang. Waktu ni si isteri banyak berkorban. Semuanya. Masa, tenaga. Tapi kebajikan anak-anak sikitpun tak terabai. Si isteri akan kelam-kabut pagi-pagi hantar anak ke sekolah, hantar anak ke rumah jiran untuk dijaga sebelum dia ke tempat kerja. Bila tengahari, anak-anak dijemput dan memang akan terhidang dah lauk-pauk dari air tangan si isteri tu. Si isteri hanya menjadi pemerhati ketika anak-anak makan. Dia senyum. Seronok lihat anak-anak makan dari hasil air tangannya tu. Tapi si isteri tak perasan yang dia juga diperhati si anak. Si isteri tak boleh sembunyikan air mata tu dari si anak. Bila anak tnya kenapa, katanya dia minta maaf sebab tak mampu nak beri yang terbaik. Hanya tu yang dia mampu. Si anak tak pernah kisah pun. Sikit pun tak kisah... :)

Bila malam-malam tertentu, suara si isteri akan terdengar tertawa di telefon. Bahagia. Kadang-kadang seorang demi seorang anak-anak bergilir tangan memegang gagang telefon tu. And kadang-kadang tawa si isteri itu berubah jadi esakan. Walaupun esakan tu tak kuat tapi anak-anak tahu si isteri sedang bersedih. 

Lama. Lama sangat benda tu nak berlalu. Anak pernah tanya, mana ayah? And si isteri berbuih mulut memberi jawapan. Tapi jawapan tu tak pernah lekat pada ingatan si anak. Si anak tak faham apa-apa. Si anak just nak ayah ada depan mata. Tu je. And sebenarnya itu pun memang keinginan si isteri. Dia memang dah tak kuat nak berdiri sorang-sorang waktu tu. Semuanya serba tak kena. Susahnya sampai si isteri terpaksa bawa si anak balik ke kampung. Anak-anak hanya angguk. Ikut apa yang si isteri cakap. Kawan, sekolah, rumah entah ke mana. Bayangan si suami lagilah... Entah ke mana-mana.

Bila anak-anak dah semakin besar, kelibat si suami muncul. Kali pertama si isteri dan si suami bertemu, lama mereka berpeluk. Lebih lama dari perpisahan sebelum ni. And kali ini bukan si isteri je yang menangis. Mata si suami pun bertakung. Anak-anak yang dah lama x peluk si suami jadi kekok. Tapi si suami cuba kembalikan kemesraan tu. And xlama. Anak-anak kembali mesra dengan si suami seperti dulu.

Now, alhamdulillah. Aku boleh fikir apa tu pengorbanan suami isteri. Dorang susah senang sama-sama. Perpisahan yang tak lama mana dululah yang akrabkan suami isteri tu sampai sekarang. Hubungan tu langsung tak nampak putus. Hari-hari si suami akan senyum pandang si isteri. And si isteri malu-malu pandang si suami tu. Dorang tak sedar dorang memang selalu diperhati sekarang. Sekarang anak-anak dah faham. Waktu si suami hanya jadi pemerhati dulu bukan sebab si suami letih bekerja di sekolah. Tapi si suami letih jugak habiskan masa buat part time kat luar. Waktu si suami hilang waktu si isteri keseorangan tu bukan sebab si suami pentingkan diri. Itu sebab si suami pun keseorangan di bumi Tokyo. Waktu si isteri menagis tak mampu bagi anak-anak makan yang sedap-sedap, si suami pun menangis ikat perut di sana. 

Manis kan?

01:18


5 comments:

  1. hehe... yap.. abg menumpang xperience parents abg je... just sharing... :)

    ReplyDelete
  2. Thanks cik suhaila.. :) Saya dah kemaruk dengan blog... klo x buka sehari rasa lain je...

    ReplyDelete