Wednesday, December 19, 2012

Saya Anda Kita

Dia sempurna. 
Katanya aku juga sempurna.
Sempurna pada apa?
Itu aku tidak pasti.
Tapi untuk dirinya, aku selesa dengan akhlak dan agamanya.
Ikhlas dan tulusnya itu memang boleh dirasa.
Langsung aku tak menyesal.
Kalau boleh diputar masa, mahu sahaja berta'ruf sejak azali.
Biar ukhwah itu disusun cantik dari alam pertama menuju ke alam kedua ini.

Cinta ini kadang-kadang selalu menduga.
Dugaan yang hadir tu semamangnya kita tidak mampu menduga.
Kadang-kadang dugaan dihantar melalui orang ketiga.
Kadang-kadang datangnya melalui diri pasangan itu sendiri.
Tetapi percayalah...
Selagi nawaitu kita berta'ruf kerana Dia, kita akan berada di landasan yang betul.

Kadang-kadang cemburu dia dan cemburu kita mengakrabkan lagi.
Jangan takut untuk beremosi kerana cemburu.
Selagi kita mampu menangani,
Selagi kita mampu menimbang antara baik dan buruk,
Kita akan selamat.

Aku pun hamba yang pernah mengenal alam kejahilan.
Sama seperti hamba-hambaNya yang lain.
Kesempurnaan itu mungkin ada.
Tetapi apa yang ebih menyempurnakan adalah ANDA.
Kita bercinta keranaNya.
Sebab itulah dasar hati kita langsung tidak tergugat.
Biar jauh, ia langsung tidak membolak hati kita.

KITA doakan yang terbaik.
SAYA suami,
Dan ANDA isteri.
MEREKA bakal menjadi anak-anak KITA.

AMIN...


1 comment:

  1. salam..
    nice entry.. simple n full of meaning :)
    constancy n trust each other its important kn.. tambah lg long distance relationship..hukhuk
    btw mendoakan KITA n HOPEFULLY hepi ending..weee :D

    ReplyDelete