Tuesday, May 14, 2013

11 month....

Menjaga hati untuk yang dicintai itu tidak mudah dan tidak juga sukar. Tiada jaminan untuk pertahankan sesuatu yang disayangi. Baik nyawa sendiri juga akan kembali kepada pemiliknya. Kalau manusia sendiri bongkak, tidak mahu sujud meminta perlindungan dari Rabb, entah ke mana haluan selepas ni. Entah berapa jauh jarak yang perlu melangkah lagi.

Tak ada manusia nak melepaskan sesuatu yang disayangi. Tak akan sesekali. Apa yang disayang baik dari hati ke hati, material or everything semuanya akan disimpan ketat. But one thing yang perlu diingat, kita meneruskan hubungan atas restu. 

Itu mukadimah.

Yang ini, aku nak ucap terima kasih pada Suhaila Ismail. I Love her so much. Raai cakap doktor tak boleh bercinta. Walaupun doktor dekat dengan nilai kemanusiaan tapi faktor masa yang menyebabkan status seorang doktor itu diketepikan dalam hubungan cinta. Come on. Doktor pun ada perasaan. Kalau jumpa dengan pasangan yang memahami, hubungan doktor bersama pasangan itu akan menjadi menarik. Biarlah cik Suhaila yang menjawab tentang kebenaran ni... ;)

11 month already Suhaila... Thanks 4 everything. Thanks banyak sabar. Saya sayang bakal zawjah saya.

;)