Wednesday, August 24, 2016

Degil

Bila berhadapan dengan insan degil, kita cepat melatah. Insan degil ada dunia mereka sendiri. Mereka akan kelompokkan sesuatu perkara itu ikut acuan dan kehendak sendiri. Jangan sesiapa berani tukar acuan tersebut.

Insan degil ini juga ada banyak kategori. Antaranya megah dengan hidup sendiri. Bukan forever alone. Tetapi orang lain yang berasa sunyi dan sepi jika bersama insan degil ini. Tidak salah kalau sesekali mengajar insan degil ini supaya lebih peka kepada apa yang mereka ada.

Jangan katakan tidak kepada keinginan mereka. Jangan sesekali kerana mereka akan membidas anda dengan bermacam alasan dan jawapan yang anda sendiri tidak terfikir.

Jika anda hebat, ada akan berjaya menghalang. Selagi apa yang dihalang itu relevan itu bermakna anda adalah antara yang bijak mengawasi si degil. Kemenangan itu bukan untuk dibanggakan tetapi untuk memastikan si degil tidak terjerat dengan kehendak atau sesuatu yg dicari.

Jika anda berjaya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kata-kata pedas dan rajukan daripada si degil. Jika anda masih mampu bertahan bermakna anda semakin hebat. Jika tidak, biarkan orang lain yang lebih bijak mengawal si degil kerana anda bukan yang selayaknya.

Aku dan dia

Masih lagi berdua.
Belum bertiga.
Ya 4 tahun.
Lama kami bina.
Tapi usaha kami bukan ke arah sia-sia.
Makin aku pegang... makin banyak yg datang goncang.
Kadang-kadang sampai goyang.

Kami tak sangka.
Tapi itulah realiti yang kami masih bercinta.
Aku masih rasa benda yang sama.
Dia pun mungkin sama.


Faham tak?

Orang tak faham apa yg kita buat bersebab.
Kadg2 kita makan garam dulu.
Kadang2 dia makan garam dulu.
Garam yg aku makan rasa pahit.
Itu sebabnya orang lain tak percaya sebab kata mereka garam semua masin.

Org tak percaya cerita silam kita tu sakit.
Sebab orang biasa dengan cerita indah dunia.
Bila kita cerita kisah pahit kita tu, orang tak percaya sebab kata orang lebih byk manis dari pahit.

Baguslah pada yang faham.
Tak bagus pada yang tak faham.