Wednesday, August 24, 2016

Degil

Bila berhadapan dengan insan degil, kita cepat melatah. Insan degil ada dunia mereka sendiri. Mereka akan kelompokkan sesuatu perkara itu ikut acuan dan kehendak sendiri. Jangan sesiapa berani tukar acuan tersebut.

Insan degil ini juga ada banyak kategori. Antaranya megah dengan hidup sendiri. Bukan forever alone. Tetapi orang lain yang berasa sunyi dan sepi jika bersama insan degil ini. Tidak salah kalau sesekali mengajar insan degil ini supaya lebih peka kepada apa yang mereka ada.

Jangan katakan tidak kepada keinginan mereka. Jangan sesekali kerana mereka akan membidas anda dengan bermacam alasan dan jawapan yang anda sendiri tidak terfikir.

Jika anda hebat, ada akan berjaya menghalang. Selagi apa yang dihalang itu relevan itu bermakna anda adalah antara yang bijak mengawasi si degil. Kemenangan itu bukan untuk dibanggakan tetapi untuk memastikan si degil tidak terjerat dengan kehendak atau sesuatu yg dicari.

Jika anda berjaya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kata-kata pedas dan rajukan daripada si degil. Jika anda masih mampu bertahan bermakna anda semakin hebat. Jika tidak, biarkan orang lain yang lebih bijak mengawal si degil kerana anda bukan yang selayaknya.

2 comments:

  1. salam abang... ya alllah lama sangat x dgr khabar.. semoga sihat selalu yea... lama sgt x komen2 blog kan....

    ReplyDelete