Wednesday, August 24, 2016

Degil

Bila berhadapan dengan insan degil, kita cepat melatah. Insan degil ada dunia mereka sendiri. Mereka akan kelompokkan sesuatu perkara itu ikut acuan dan kehendak sendiri. Jangan sesiapa berani tukar acuan tersebut.

Insan degil ini juga ada banyak kategori. Antaranya megah dengan hidup sendiri. Bukan forever alone. Tetapi orang lain yang berasa sunyi dan sepi jika bersama insan degil ini. Tidak salah kalau sesekali mengajar insan degil ini supaya lebih peka kepada apa yang mereka ada.

Jangan katakan tidak kepada keinginan mereka. Jangan sesekali kerana mereka akan membidas anda dengan bermacam alasan dan jawapan yang anda sendiri tidak terfikir.

Jika anda hebat, ada akan berjaya menghalang. Selagi apa yang dihalang itu relevan itu bermakna anda adalah antara yang bijak mengawasi si degil. Kemenangan itu bukan untuk dibanggakan tetapi untuk memastikan si degil tidak terjerat dengan kehendak atau sesuatu yg dicari.

Jika anda berjaya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kata-kata pedas dan rajukan daripada si degil. Jika anda masih mampu bertahan bermakna anda semakin hebat. Jika tidak, biarkan orang lain yang lebih bijak mengawal si degil kerana anda bukan yang selayaknya.

Aku dan dia

Masih lagi berdua.
Belum bertiga.
Ya 4 tahun.
Lama kami bina.
Tapi usaha kami bukan ke arah sia-sia.
Makin aku pegang... makin banyak yg datang goncang.
Kadang-kadang sampai goyang.

Kami tak sangka.
Tapi itulah realiti yang kami masih bercinta.
Aku masih rasa benda yang sama.
Dia pun mungkin sama.


Faham tak?

Orang tak faham apa yg kita buat bersebab.
Kadg2 kita makan garam dulu.
Kadang2 dia makan garam dulu.
Garam yg aku makan rasa pahit.
Itu sebabnya orang lain tak percaya sebab kata mereka garam semua masin.

Org tak percaya cerita silam kita tu sakit.
Sebab orang biasa dengan cerita indah dunia.
Bila kita cerita kisah pahit kita tu, orang tak percaya sebab kata orang lebih byk manis dari pahit.

Baguslah pada yang faham.
Tak bagus pada yang tak faham.

Tuesday, May 14, 2013

11 month....

Menjaga hati untuk yang dicintai itu tidak mudah dan tidak juga sukar. Tiada jaminan untuk pertahankan sesuatu yang disayangi. Baik nyawa sendiri juga akan kembali kepada pemiliknya. Kalau manusia sendiri bongkak, tidak mahu sujud meminta perlindungan dari Rabb, entah ke mana haluan selepas ni. Entah berapa jauh jarak yang perlu melangkah lagi.

Tak ada manusia nak melepaskan sesuatu yang disayangi. Tak akan sesekali. Apa yang disayang baik dari hati ke hati, material or everything semuanya akan disimpan ketat. But one thing yang perlu diingat, kita meneruskan hubungan atas restu. 

Itu mukadimah.

Yang ini, aku nak ucap terima kasih pada Suhaila Ismail. I Love her so much. Raai cakap doktor tak boleh bercinta. Walaupun doktor dekat dengan nilai kemanusiaan tapi faktor masa yang menyebabkan status seorang doktor itu diketepikan dalam hubungan cinta. Come on. Doktor pun ada perasaan. Kalau jumpa dengan pasangan yang memahami, hubungan doktor bersama pasangan itu akan menjadi menarik. Biarlah cik Suhaila yang menjawab tentang kebenaran ni... ;)

11 month already Suhaila... Thanks 4 everything. Thanks banyak sabar. Saya sayang bakal zawjah saya.

;)

Thursday, February 21, 2013

2 things in a month...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Ada juga sedikit ruang untuk update blog setelah berbulan-bulan terpaksa berbulan madu dengan masa yang sangat jeles.

Anyway, today is the best day ever yang ditunggu almost 6 years. Title DR menjadi milikku!!! Yeahhhhooo!!! But maybe for somebody its just a title. But for me, its very meaningful.

Firstly, 4sure atas alasan kepuasan diri sendiri. Yap. Bukan mudah nak harungi hidup as a medical student. A lot of thing kena korban. Masa, tenaga, kesihatan, everythinglah. Klaau setakat kena maki hamun dengan senior, HO, Doctor, Patient, family patient, tu semua dah jadi darah daging. Kalau hadap benda-benda macam tu ada dua jalan penyelesaian je. Either SABAR or MAKI balik. Tapi kalau maki balik, sendiri mau ingat la kan. Kalau tak kena gantung, mesti kena aim. So, baikla besabar je.

2nd, masa dengan family memang sah-sah senipis kulit bawang je. Waktu study kat sini memang jarang sangat dapat hidu angin Malaysia. Kalau balik pun atas urusan penting je. Kadang-kadang kesuntukan masa tu la buat kita lebih menghargai family. As a son, memang segan kalau guna duit mak ayah sampai dah besar panjang. Sara hidup kat sini memang tinggi. Waktu mula-mula datang sini, memang terpaksa ikat perut. Makan megi terpaksa bahagi dua. Untuk lunch and dinner. Memang menahan. So, nak rasa hidup senang, terpaksalah kerja part time. Untuk cari pengaman, I work as a waiter dekat satu cafe area kursk jugak. Duit tu boleh la tampung mana yang rompong. Year by year, dah ada ilmu sikit barulah dapat peluang duty di hospital. Tolong doctor mana yang perlukan bantuan. Elaun dari situ banyak membantu. And alhamdulillah dah boleh bagi parents rasa duit gaji anak. Tapi mak ayah tak nak pun duit kita. Cukupla kita ingat dorang, and belajar betul-betul. Tu yang dorang nak. Thanks ma abah... ;)

And 3rd, soal hati, cinta. Ramai yang tak nak and cuba elak bercinta dengan bakal doktor/doktor. Takde life katanya. Ya. Mungkin betul. Tapi doktor pun manusia. Ada fitrah nak berpasangan. Ada fitrah nak berkasih sayang. So, untuk berpasangan tu, wajiblah mencari seseorang yang faham every single situation. Memang susah nak cari. Memang tak jumpa pun bila dicari selama ni. Tapi syukur. Bila dah stop mencari,cinta tu datang sendri. Sape kata bercinta dengan doktor tak de life? Maybe my future wife boleh jawab bagi soalan tu. Kan Suhaila sayang? Takde keje yang tak sibuk. Depends macam mana someone tu handle. And apa yang penting is faham. Kadang-kadang memang takde masa langsung. Memang rindu. Dah la jauh, contact pun tak. Sangatlah mengundang marah hati di sana kan? Hehe.. Tapi dont worry... Bila dah busy kerja, memang tak ingat benda lain dah. Menahan rindu tu macam dah sebati. Terpaksa pujuk hati... Be nice... Be nice.... So, dari hasil sabar kami tu, kami boleh get long. Boleh sharing everything. Ya, saya sangat bertuah ada kekasih hati Suhaila Ismail. Thank you so much mumy.. 

So, that’s all. Alhamdulillah. For this month, Suhaila and me sharing dua bnda yang sangat-sangat-sangat menghappykan both us. Thanks to her  for supporting and doa. Kami sedang mengatur untuk hari-hari kami.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat tinggal 2012



Selamat Datang 2013.

 Masih kekok untuk membiasakan diri menulis 1/1/2013. Btw, hari-hari pada tahun 2012 lalui dilalui dengan penuh hemah, cekap dan amanah. Hihi...

Separuh daripada tahun 2012 dilalui dengan moment-moment yang tersangat indah. Itulah perancanganNya. Tak ada sesiapa yang tahu. Then, hari-hari indah itu akan tetap melalui hari-hari baru untuk tahun 2013 ni. Thanks ye Suhaila Ismail. Love u damn much. I’m trying my best for us. Kita atur perancangan kita sebaiknya. Yang tentukan biarlah Dia je.

For my mama, abah... Thanks for everything. Anda berdua telah mengambil langkah yang sangat bijak kerana menyayangi bakal menantu dengan sepenuh hati. :D

For all the Russian, Thank you... This year will be the last ever year being as a student (Insyallah). 5 tahun di Kursk. Cukup dah untuk merasa pengalaman di tanah komunis ni. Yang kaya dengan teknologi. Sampai kadang-kadang hidup dah tak rasa aman dengan ‘konon’ teknologi yang boleh melindungi manusia tu.  Thank you...

Okay... Have a bless day. Untuk cik sayang... Moh la kita menunaikan tanggungjawab kita hari ni. Dah janji kan? Hihi... 

Bila isteri memandang anak... ouchhh! lalala... :D Love uu.. hihi..

Wednesday, December 19, 2012

Saya Anda Kita

Dia sempurna. 
Katanya aku juga sempurna.
Sempurna pada apa?
Itu aku tidak pasti.
Tapi untuk dirinya, aku selesa dengan akhlak dan agamanya.
Ikhlas dan tulusnya itu memang boleh dirasa.
Langsung aku tak menyesal.
Kalau boleh diputar masa, mahu sahaja berta'ruf sejak azali.
Biar ukhwah itu disusun cantik dari alam pertama menuju ke alam kedua ini.

Cinta ini kadang-kadang selalu menduga.
Dugaan yang hadir tu semamangnya kita tidak mampu menduga.
Kadang-kadang dugaan dihantar melalui orang ketiga.
Kadang-kadang datangnya melalui diri pasangan itu sendiri.
Tetapi percayalah...
Selagi nawaitu kita berta'ruf kerana Dia, kita akan berada di landasan yang betul.

Kadang-kadang cemburu dia dan cemburu kita mengakrabkan lagi.
Jangan takut untuk beremosi kerana cemburu.
Selagi kita mampu menangani,
Selagi kita mampu menimbang antara baik dan buruk,
Kita akan selamat.

Aku pun hamba yang pernah mengenal alam kejahilan.
Sama seperti hamba-hambaNya yang lain.
Kesempurnaan itu mungkin ada.
Tetapi apa yang ebih menyempurnakan adalah ANDA.
Kita bercinta keranaNya.
Sebab itulah dasar hati kita langsung tidak tergugat.
Biar jauh, ia langsung tidak membolak hati kita.

KITA doakan yang terbaik.
SAYA suami,
Dan ANDA isteri.
MEREKA bakal menjadi anak-anak KITA.

AMIN...